WORLD IN LAB

WORLD IN LAB

Thursday, October 28, 2010

KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN

KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN
Komputer adalam alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan .Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data .Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik . Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran . Di samping itu , jika ia dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru , ia mampu menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran .
Satu perkembangan yang amat ketara  dalam dunia masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat . Dengan adanya kemajuan dalam telekomunikasi , komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat .Menyedari hakikat ini kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Sejajar dengan teknologi ICT juga , kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari . Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai suatu alat merevolusikan pembelajaran , memeperkayakan kurikulum , memeperkembangkan pedagogi , menstrukturkan organisasi sekolah .


No comments:

Post a Comment