WORLD IN LAB

WORLD IN LAB

Friday, October 15, 2010

FALSAFAH PENDIDIKAN DIRI

Diri aku punyai naluri .. bisikan dari hati .. ingin menjadi insan berbudi ...pada negara nan berbakti... insyaALLAH jika diizinkan Illahi ...
Suatu hari ... 
Aku ingin bergelar murabbi pada anak - anak yang dahagakan ilmu ...
Ingin kubawa insan yang amat kusayangi iaitu keluargaku melayari kejayaanku ...
Tiada kata gagal selagi aku masih menjadi salah seorang pejuang di bumi ini ... 
Walau perit walau sakit ... Bukan penghalang untuk terus melatah dan terus mengalah ...
Kerana impianku untuk agama , negara dan bangsa tidak akan kubur begitu saja ... 
Moga ALLAH permudahkan segala urusan serta perjuanganku ...
Buat ibu dan ayah ... pinjaman dunia dan akhirat yang paling berharga ... Moga doa mereka tetap menjadi kekuatan untuk aku terus melangkah menuju destinasi abadi yang hakiki... 
PROFESION PERGURUAN ADALAH CITA - CITAKU YANG TIDAK PERNAH LUNTUR WALAU SESAAT ...

No comments:

Post a Comment